? ??????????????Live, Love, Laugh? ????? ?????? ???Rating: 4.7 (3 Ratings)??220 Grabs Today. 3066 Total Gr
abs. ??????Get the Code?? ?? ?????Lil Things About Me? ????? ?????? ???Rating: 4.5 (174 Ratings)??153 Grabs Today. 30615 Total Grabs. ??????Get the Code?? ?? ???????Love and Laughs? ????? ?????? CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS ?

Saturday, January 15, 2011

Hakikat Sebuah Cinta


Aku adalah insan yang tak punya Cuma rasa cinta membara Lalu tercipta rinduku padanya Kerana cinta bahagia Pujangga menyatakan oh cinta berharga Dari emas dan permata Lalu ku bawa cinta di persada jiwa Sinar menyuluh gelita Sewaktu debar cintamu terasa melanda Bangkit rinduku padamu di ketika itu Lalu tersentak diriku sedari lamunan Kini sebenarnya aku telah kau tinggalkan Aku adalah insan yang tak punya Kilauan emas permata Lalu kucuba menaburi cinta Bagimu tiada nilainya Tiada harta dan cinta



Wednesday, January 12, 2011

Tiada guna kau berpatah arah
Jika niatmu meyambung kasih
Apalah ertinya disebalik
Tangisan atau rintihan

Untuk apa kau kembali lagi
Sekadar hanya untuk menyakiti
Cukuplah sudah di sini saja
Biar aku pendam duka

1
Hati sedih, hati pedih
Mengenangkan keindahan
Bersamamu...

Tidak kusampai
Ke puncak sana
Apalah daya
Ku bertahan cuma
Di pinggiran
Yang memilukan...

Jauh sekali di sudut hati
Menyimpan dendam yang amat mendalam
Akan kusahut namamu oh! sayang
Sewaktu ku kesunyian...

Sunday, January 2, 2011

bahagiakah aku?


bahagiakah aku...jika dikecewakan? bahagiakah aku..jika kau pergi tanpa kerelaanku?

Apa erti bahagia jika kau tggalkan aku dlm kedukaan?
Mampukah aku bahagia sedangkan kau sendri yg rampas kebahagiaan itu?

Wednesday, December 22, 2010


Hati menangis siapa yg tahu...
Hati yg terluka ini x mampu aku sembuhkan..kerna setiap saat aku mngingatimu..

Hati yg pedih ini x bisa dirawat..kerna aku x mampu mengosongkan hati ini...
Hati yg remuk x bisa di pulih...jika kau sentiasa ada dlm diri ini...
YA ALLAH.....Hanya KAU Maha Mengetahui Segala2nya..

Sayang...Mengapa kau tinggalkan aku ketika aku bahagia bersamamu..? Sayang...Mengapa kau lukakan hati ini ketika kau sudah memberiku harapan yg mengunung>? Sayang...Andai aku diberi pilihan...xkan aku lepaskan kau pergi..

kerna kau terlaluku cinta...

Thursday, November 25, 2010

hargailah sebuah rindu kerna dalam rindu itu ada cinta..
hargailah sebuah cinta kerna dalam cinta itu ada kebahagiaan...

Monday, November 22, 2010

air mata....


air mata mampu meringankan segala yang ku tanggung..
segalanya ku terima kerna aku terlalu sayangkan kamu...
aku x sanggup kehilangan dirimu lg..kerna aku terlalu cintakan kamu...

air mata mampu aku titiskan sebagai pengubat utk kepedihan yang ku rasai..
sayang..maafkanlah kekhilafan diri ini...
kembalilah kebahagiaan itu kepadaku...

Sunday, November 21, 2010

Thursday, November 18, 2010

CIRI-CIRI ISTERI SOLEHAH


  • Isteri yang sentiasa mencintai dan menghormati keluarga suaminya seperti mana ia menghormati dan menyayangi keluarganya sendiri.
  • Isteri yang sentiasa menjaga aurat dari pandangan yang bukan mahramnya dan pandangan matamulajadi itu Allah anugerahkan kepada lelaki.
  • Isteri sedia memberikan kesetiaan, ketaatan dan kepatuhan kepada suaminya selagi suruhan suami tidak bertentangan perintah agama.
  • Isteri sedia memberikan layanan dan kasih sayang yang sepenuhnya sehingga membuatkan suami berasakan rumah tangganya adalah tempat untuk mendapatkan ketenangan dan kebahagiaan dari sebarang masalah kerja.
  • Isteri yang sentiasa menjaga rahsia dan maruah suaminya, begitu juga dengan maruahnya sendiri ketika ketiadaan suami. Isteri mestilah memohon keizinan suaminya untuk keluar dari rumah atau untuk mengerjakan puasa sunat.
  • Isteri mestilah bijak menguruskan harta suami dalam berbelanja dengan kadar sederhana dan tidak membazir. Cara ini dapat menyelamatkan suami daripada masalah kewangan.
  • Isteri yang sedia menerima pemberian suami dengan penuh keikhlasan dan kerelaan. Isteri tidak meminta sesuatu yang suami tidak mampu menunaikannya.
  • Isteri yang sentiasa bersyukur dan tenang, sama ada menerima nikmat atau dugaan daripada Allah. Sedia melaksanakan tugas dan tanggungjawab sebagai seorang isteri dan ibu serta perintah Allah dengan tabah dan sabar.
  • Berdiam diri sambil mendengar bila suami bercakap.
  • Isteri yang sedia melayani dan memenuhi kehendak batiniah suami bila diperlukan.
  • Isteri yang sentiasa menghias diri bila di hadapan suami dan
  • sebaliknya pula bila ketiadaan suami.
  • Isteri yang sentiasa mendahulukan keperluan suami dari keperluannya sendiri.
  • Isteri yang sentiasa bersikap malu terhadap suaminya, bersopan santun dalam perkataan dan juga perbuatannya.
  • Isteri yang menemani suaminya ke muka pintu bila ia hendak keluar dan menyambutnya dengan senyuman bila ia pulang.

Monday, November 8, 2010

Rahsia ciuman lelaki

Rahsia ciuman lelaki

Ciuman mempunyai seribu satu macam pengertian dan hakikatnya dengan ciuman juga perasaan kasih sayang dan saling menghargai antara pasangan dapat diungkapkan secara tidak langsung.

Emm.. apa kata kita singkap rahsia kucupan seorang insan bernama 'LELAKI' terhadap pasangannya.. hehehehe...

CIUMAN PADA TANGAN?- Sekiranya lelaki sering mencium belakang tangan pasangannya maka dia sebenarnya amat sayang kepada pasangannya dan amat menghormati wanita tersebut dalam hidupnya..

CIUMAN DI DAHI?
- Emm.. maknanya, lelaki berkenaan benar-benar kasih dan cintakan pasangan mereka dan semestinya kasih yang diperlihatkan itu begitu luhur dan suci. Semestinya pasangan mereka mampu merasakan getaran cinta yang bergelodak di jiwa. Beruntungnya...

CIUMAN DI PIPI?
- Dia memang sayangkan anda walaupun ciuman itu diberi ketika lelaki berkenaan dalam perasaan marah... Satu ciuman mampu mengungkapkan perasaan rindu, sayang dan cintanya terhadap pasangannya...

CIUMAN DARI ARAH BELAKANG?

-ehem.. ehem.. ciuman dari belakang terus hinggap dileher anda? hehehe.. saat-saat romantik ini menandakan lelaki sebenarnya memerlukan 'sesuatu' dari wanita dan seharusnya pasangannya itu juga perlu memahami...

CIUMAN CINTA?-Satu Kucupan Hangat buat anda di bibir... Kucupan yang menandakan bahawa DIA benar-benar mencintai anda.. Cinta yang Hangat..

So... Wanita, Perempuan dan Gadis... HARGAILAH CIUMAN DARI INSAN YANG BERNAMA LELAKI....

Thursday, October 14, 2010

My hepi story but sad ending...


1stly, me nak story abaout someone special...Insan yg me maksudkan adalah...Nurul Azirah Md Zaki...2 gbr dia...cantik n manis orgnya...lemah lembut, sopan santun...
apa yg me nak cite dia ni adalah sahabat yg paling bermakna dlm idup me spnjang berada di Prokhas...dialah yg selalu membantu me dlm apa jua situasi..Thanks a lot to u..Nurul Azirah..
Me harap persahabatn kami yg terjalin ni di saksikan oleh prokhas sdn bhd ni xkan berakhir smpai bila2...
Me doakan sahabat me ni...sntiasa bahagia...walaupun tnpa me di cc dia nant(Tanggal 1.12.2010 dh nak blah)..

next, ni gambr geng2 me at Prokhas...masa ni time mkn free...
dr kiri: Zati(gadis arab yg jelita) Fatimah (lembut jee lg ayu) me (cun woo), eja(gebu n hot), Sya(cun melecun)., Aida (menawan menarik tetarik) n Azirah (cantik, deboomm)..(maaf kpd ayu, ko xde masa ni..maklum la cbuk je mamnjang)...
ni la kwn2 ku yg amat me sygi...mcm mna nant ek nak berpisah dr diorg? huhuhuhu...
Bak kata pepatah...d mna ada pertemuan di situ ada perpisahan.......
u all smua mmg best...


tu.......................................>
yg paling kiri 2...Ayu...yg manis...lg ayu..dh nama pun ayu..msti la ayu.. dr Gems smpai ke Prokhas...belum ada istilah perpisahan utk kami,,tp slpas bulan 12 ni,.,.huhuhu... terpisah gak..apa pun...ayu.. u will always in my heart..








Next, meh me nk story about my big boss...2 yg pakai baju melayu biru 2... Beliau adalah smber inspirasi n idola me..sbb Beliau sntiasa mmberi sokongan pd me utk berjaya dlm idup ni... En. Azham Zainal Abidin...me x pernah jmpa boss yg sebaik dia...
(xnak ckp lebih2 kang kata bodek lak)...huhuhu
apa pun..thanks a lot to En. Azham..segala nasihat anda sentiasa me simpan n adaptasikan dlm kehidupan me..

Then, Kak bib...nmpk x yg tudung ijau muda 2...3 dr kiri.... n kak shida 2 dr kanan...akak2 yg sntiasa ceria n hepi...sedehnya nk berpisah ngn kak bib kak shida nant,.

Tak lupa gak kpd Cek Razak yg paling kanan...hehehe..utk cek Razak..maap byk2 klu ada me terkasar bahasa..spnjg kita dok melawak ni.. jgn smpan dlm ati..
d kesempatan ni..me nak ucpkan ribuan jutaan trima kasih kpd semua Warga kerja Prokhas SDn Bhd...n especially utk HR DEpt...yg me x sebut nama lg...cek Aizam N Cek Adrian...

p/s : Pehh...x sggup nak mghadapi tanggal 1.12.10...huhuhuhu..

story ni akn bersambung pada episod yg akn datang dlm mood,..,me dh jd mantan practcal trainee utk Prokhas Sdn Bhd...?(coming soon)

MUHAMMAD ADAM IKHWAN

AL-Kisahnya...
dah lama kami sekeluarga menunggu orang baru dlm fmily kitorg...
abg n akak dh lama kawen...5 thn jugak dlm menunggu..
tp berkat doa kami semua..n dgn keizinan Tuhan...Alhamdulillah...akhirnya...kitorg dpt org baru..
ni la dia................ We All Love Adam..
ni masa adam umo lebih kurang 6 bulan..tembam x? mcm Makngah dia gak la...

suka sgt tegok muka dia time tidoq...comel....muah..muah


Adam paling mnja...of course ngn Tok Wan Mie,,

Time ni adam dh leh merangkak...Geram nya nak gigit

Bila Adam Jadi Hawa...Sengal tul Mak lang Adam ni,..

We all sentiasa mndoakan Adam menjadi anak yg soleh..amenn..
ni la adam sekarang....apa pun...Mak ngah sntiasa rindukan Adam...

My Family....

Wednesday, October 6, 2010

its me..

me..in the office..simple..but nice...hehehe



Saturday, April 3, 2010

Pelamin anganku musnah........



Masih lagi tidak terlewat

Untuk aku ucap tahniah

Di atas kehadirannya

Menggantikan aku

Pastinya oh hidupmu

Akan lebih bermakna

Dan aku usah kau kenang

Walau kita pernah berkasihan

Maafkan diriku ini

Kerna tidak hadirkan diri

Di sewaktu hari

Persandinganmu

Adakah kau ingin lihat

Air mata ini berguguran

Puaslah hatimu kini

Memainkan perasaanku selama ini

Korus

Masihkah dengan janjimu

Apapun jadi akulah pilihanmu

Engkau sanggup hapusi cinta yang lalu

Ku angankan pelamin indah untuk kita berdua singgah

Sayangnya... Semua musnah

Kau buat malamku jadi gerhana

Dan hidupku tiada maknanya

Hanya bernyawa namun tak bermaya

Terkadang aku merasa menyesal

Kerna telah sehabis daya

Aku cinta dirimu kasih

Akhirnya aku sendiri

Tersisih...

Bisa sungguh luka ini

Walau tak berdarah


Monday, April 13, 2009

lagi2 cinta...


Cinta kepada harta ertinya bakhil...

cinta kepada seseorang ertinya alam...
cinta kepada diri ertinya bijaksana....
cinta kepada mati ertinya hidup.....
cinta kepada Tuhan ertinya Takwa....

yg mana perlu kita utamakan???

Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan, walaupun mereka telah dikecewakan....
cinta datang kepada mereka yang masih percaya, walaupun mereka telah dikhianati....
cinta datang kepada mereka yang masih ingin mencintai, walaupun mereka telah disakiti sebelumnya....
cinta datang kepada mereka yang mempunyai keberanian dan keyakinan untuk membangunkan kembali kepercayaan.....

Siapapun pandai menghayati cinta, tapi tak seorangpun pandai menilai cinta kerana cinta bukanlah suatu objek yang bisa dilihat oleh mata kasar, sebaliknya cinta hanya dapat dirasakan melalui hati dan perasaan.

Sunday, April 12, 2009

pesanan dari Dr. Saiful (Pensyarah APMUM)

khas kepada pelajar2 APMUM...

perutusan drpd Dr. SAiful kpd aku n utk rakan2 sperjuangan...

........."sy sering medoakan anak2 sy dan anak2 didik saya akan menyambung dan merealisasikan perjuangan kita yang bukan sahaja belum selesai sebagaimana kata mahathir... ttp perjuangan yang taka akan selesai...
kerana setiap generasi akan mewakili generasi nya dalam semua penjuangan...
cuma apa yang sy harapkan ialah jadilah manusia terbaik...
setidak0-tidaknya boleh dicontohi oleh org lain...
dan sekaligus akan memaparkan imej yang baik bagi mewakili ikon bangsa...
yang akan merealisasikan penjanaan modal insan sebagaimana yang diharapkan oleh negara kita.... dan itulah nanti yang akan diimplimentasikan dalam realiti kehidupan hanim n kawan2 nanti...."

Moral : semoga harapan Dr. Saiful dapat direalisasikan oleh kita semua...

Saturday, April 11, 2009

pedoman untuk menghadapi exam!!!


ha..exam kita dah nak dekat ni...so kna la semakin insaf..

kpd kwn2 aku..dah sedia ke? or x sedar lg kita nak exam ni..

yg dok ym, dok berfrenster, dok mcm2 lg la (termasuk aku) kna la kurgkan aktiviti seumpama itu..coz exam amatlah penting..

apa yg aku nak kgsi kat cni, ni aku perah otak bg kat korg semua 10 petua hadapi peperiksaan...

baca tau..jgn baca saja klu x amalkn..


10 petua....


1. jgn dok panik

ala, x payah dok panik2 mcm la x penah ambik exam..dr drjah 1 lg dah rasa kan ambik exam mcm mna, so x payah la dok wat kalut..rileks jer..

klu kita panik 50% apa yg kita baca n hafal mgkin akan kita lupa..so yakin pada dri..


2. kawal emosi

emosi yg baik amatlah perlu...x payah dok pk masalah lain, klu putus cinta ka geram kat rumet ka jgn dok bawak emosi anda 2 dlm bilik peperiksaan..apa yg pnting, kawal emosi agar x menjejaskan tumpuan trhadap exam..


3. pastikan tdo n rehat secukupnya.

walau mcm mna pun cbuk, wat2 cbuk ka...tdo kna ckup skrg2nya 5 jam mnjelang exam ni...dah 2 kna la plak bersenam seari sekurgnya 10 minit..klu x penah bersenam n xtau mcm mna nak bersenam.,,contact CIK TUN (join bola tampaq)


4. nota ringkas

nama pun rgkas, so x yah la dok gatai tgn wat panjang2...tulis kata kunci shj..huraian n contoh semua msti ada dh dlm kpala hotak..nota rgkas pntg pd saat2 akhir nak jejak bngunan peperiksaan.


5. tgkatkan keupayaan study yg berkesan

kat cni plak, kita kna la tul2 set time utk study yg betul2 kita study tnpa apa2 pun aktiviti sampingan..gunakanlah selok2 nya 30 minit yg pertama utk study yg berkesan..


6. pemakanan yg sihat n seimbang

ni penting..sbb apa tiap2 hari..skrg2nya 5 kali sehari msti kita mengunyah kan..so utk nk hdpi exam..kna la timbang balik apa yg perlu atau apa yg x perlu kita masukkan dlm perut(klu x dak penimbang kilo, pnjam kat kedai pakcik ye)....

elakkan pengambilan mknan or minuman yg banyak kafien krana kita mgkin akn sukar tdur n hilang tumpuan nant...x caya sudah..p la try minum nescafe 1 kole besaq..tegok apa nak jd..


7. banyakkan pembelajaran secara output learning..

kat cni, maksudnya...belajaq cara pembincangan..digalakkan lah blajaq ngn kwn2,tp ada pengecualiannya, terutama yg suka dok wat ketupat cicah rendang ayam kfc hot n spicy 2 kna la betul2 pk boleh ka berbncang pasai pelajaran..bukan apa takut terbincang sebjek yg xdak exam plak..


8.cari n semak n wat ulang kaji soalan2 tahun lepas..

mana nk cari? p la library..jgn dok main tnya aku plak...kaji la kekerapan soalan yg tertentu n boleh la kita wat tafsiran n fokus kpd topik2 tertentu...jgn dok wat soalan spot..satg 2 x kuaq..dok gaduh plak depan kertas jwpn dok ingat mcm mna resepi nak goreng nasik goreng ikan masin plak..


9. banyakkan berdoa

selepas kita usaha, so kna lah tawakal...bykkan solat2 hajat..mntak petunjuk drNYA..

jgn dok perbykkan aktiviti menaip je..hehehe


10.....erm..dah abis idea daa...LU PK LA SENDRI..


MORAL : selamat mghadapi peperiksaan kpd sahabat2 ku..semoga Allah permudahkan kita dlm menjawab soalan peperiksaan nant..amin..
renung2kan dan selamat beramal....



menunggumu..






Didalam sebuah cinta…terdapat bahasaYang mengalun indah

mengisi jiwa merindukan kisah…kita berdua

Yang tak pernah bisa akan terlupa

Bila Rindu ini..masih milikmu

Kuhadirkan sebuah..tanya untukmu

Harus brapa lama..aku menunggumu..aku menunggumu…
Didalam masa indah…saat bersamamu


Yang tak pernah bisa…akan terlupa

Kenangan masa yang menghancurkan jiwa

Dengan segenap cinta…aku bertanya
Bila Rindu ini..masih milikmu

Kuhadirkan sebuah..tanya untukmu

Harus brapa lama..aku menunggumu..

aku menunggumu..aku menunggumu…
Dalam hati kumenunggu..


Dalam hati kumenunggu.

Dalam benak kumenunggu..Dalam hati kumenunggu..

aku…masih menunggu….
Bila Rindu ini..masih milikmu…


Kuhadirkan sebuah..harus berapa lama…

Harus brapa lama…aku menunggumu..

aku menunggumu..aku menunggu..aku menunggumu….

pesanan ini dibawa khas oleh blueberrycupcake...


cinta itu tidak pernah membunuhmu...kerana cinta itulah kamu bahagia dahulu...kerana cinta itulah kamu gembira dahulu...kerana cinta itu juga kamu harus berjuang, supaya cinta itu mnjd milikmu
moral : trima kasih sahabatku..yg x penah ptus asa mendoakan kebahagiaanku....

cinta itu membunuhku...




C.I.N.T.A..

mengenali dirimu membuat aku mengerti erti kasih...
mengasihi dirimu membuat aku mengenali rindu...
menrindui dirimu membuat aku mengenali erti sayang...
menyayangi dirimu membuat aku mengenali erti cinta........
mencintai dirimu membuat aku mengenali siapa drimu...
memahami dirimu membuat aku dekat dengan dirimu...
dekat denganmu membuat aku takut akan perpisahan...
berpisah dengan cintamu....aku derita hidup tnpa kau di sisi....
kini aku mengenali, memahami dan mengerti apa itu cinta yg abadi............................

kasihku...kini tiada lg erti kasih buatku..tnpa kau di sisi...
sayangku...kini tiada lg erti syg buatku..tnpa kau di hati...
cintaku..kini tiada lg erti cinta buatku..tnpa kau menghulur cinta abadi....



moral : hargailah cinta yg hadir dlm hati kita selg kita mampu menikmati keindahannya..
hargailah kehadiran seseorang selg ianya membawa kebahagiaan buat kita....


Thursday, April 9, 2009

ruangan motivasi...


Antara orang yang mendapat doa malaikat ialah:
· 1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci.Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesiapa yang tidur dalam keadaan suci, malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa: "Ya Allah, ampunilah hamba-Mu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci."
· 2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat.Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Tidaklah salah seorang antara kalian yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali kalangan malaikat akan mendoakannya: 'Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia.'"
· 3. Orang yang berada di saf depan solat berjemaah.Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat ke atas (orang) yang berada pada saf depan."
· 4. Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah (tidak membiarkan kekosongan di dalam saf).Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat selalu berselawat kepada orang yang menyambung saf."
· 5. Kalangan malaikat mengucapkan 'amin' ketika seorang imam selesai membaca al-Fatihah.Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Jika seorang imam membaca...(ayat terakhir al-Fatihah sehingga selesai), ucapkanlah oleh kamu 'aamiin' kerana sesiapa yang ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, dia akan diampuni dosanya yang lalu."
· 6. Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat.Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Kalangan malaikat akan selalu berselawat kepada satu antara kalian selama ia ada di dalam tempat solat, di mana ia melakukan solat."
· 7. Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah.Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Kalangan malaikat berkumpul pada saat solat Subuh lalu malaikat (yang menyertai hamba) pada malam hari (yang sudah bertugas malam hari hingga Subuh) naik (ke langit) dan malaikat pada siang hari tetap tinggal. "Kemudian mereka berkumpul lagi pada waktu solat Asar dan malaikat yang ditugaskan pada siang hari (hingga solat Asar) naik (ke langit) sedangkan malaikat yang bertugas pada malam hari tetap tinggal lalu Allah bertanya kepada mereka: "Bagaimana kalian meninggalkan hamba-Ku?" Mereka menjawab: 'Kami datang sedangkan mereka sedang melakukan solat dan kami tinggalkan mereka sedangkan mereka sedang melakukan solat, ampunilah mereka pada hari kiamat.'"
· 8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan.Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Doa seorang Muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa pengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, malaikat itu berkata 'aamiin dan engkau pun mendapatkan apa yang ia dapatkan.'"
· 9. Orang yang membelanjakan harta (infak).Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Tidak satu hari pun di mana pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali dua malaikat turun kepadanya, satu antara kedua-duanya berkata: 'Ya Allah, berikanlah ganti bagi orang yang berinfak...'"
· 10. Orang yang sedang makan sahur.Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat kepada orang yang sedang makan sahur."
· 11. Orang yang sedang menjenguk (melawat) orang sakit.Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Tidaklah seorang mukmin menjenguk saudaranya kecuali Allah akan mengutus 70,000 malaikat untuknya yang akan berselawat kepadanya di waktu siang hingga petang dan di waktu malam hingga Subuh."Itulah antara mereka yang mendapat doa malaikat. Semoga kita termasuk dan tersenarai sama.