Saturday, March 28, 2009
survey pasai mandi..
Posted by hanieydeuw at 7:28 AM 0 comments
Tuesday, March 24, 2009
Yang Benar..
Posted by hanieydeuw at 9:41 AM 0 comments
Monday, March 23, 2009
sahabatku
Posted by hanieydeuw at 7:26 AM 0 comments
Sunday, March 22, 2009
petanda si dia memang dijodohkan utkmu...
Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan? Berikut adalah petanda-petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita :
Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik.Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.
Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita.
Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.
Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan.
Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini.Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita
Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita.
Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan.Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.
Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung.
Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka.
Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.
Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar.
Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama.
Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan.
Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?
Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar.
Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita.
Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, ‘lidah sendiri lagikan tergigit, inikan pula suami isteri’. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih.
Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.
Tiada siapa yang sempurna di dunia. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut.
Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita.
Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita.
Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya. Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.
Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Tuhan deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya.
Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindak balas pada situasi tertentu.
Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.
Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Tuhan. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi.
Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Tuhan memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat mimpi petunjuk. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya.
Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara. Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.
Posted by hanieydeuw at 10:58 PM 0 comments
cerita tentang popiah basah..
Posted by hanieydeuw at 1:12 AM 0 comments
serba sikit pasal dinner...MAZ
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg6cBH8uPeXbhTIYTp1dJnbMnZeJ8XWSo42hDgvcQKtB9l0fPti4YBeD5VcWsErJ5W3IEbyp-lstFw7VK6bZnepvvrupkmYf4EaZjk4nR-BKO84DCylf-FVpk39lzdxxe0KHNiccY0CE34M/s200/IMG_0083.jpg)
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEh5RMCdn2ChUJz2HZbqrid-Ws90CLr3ID9NJ3d1hiHc32mz5-dCZTgow2Om4SKJheF6Z82Z9y852gRrbEalVp_vQ1TPtTOBRSFM0VcBPwjwu_wVaVPpPbmmWXko2LOPAb-ta88LDLkJBoyY/s200/IMG_0164.jpg)
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhyNiKuYzDJTAzi4SH3oanEGpkf_OjpV3d1Qmc1b6CEmlQz1VjBUQTEmLGzCTNlc-LswJtcoZoFgiDI2zfdQBOeEjjcrFXxifWThZXkeSnbYQezXFJ8uBsJqoFEgmDwN5QyxTxvT7pLl3N1/s200/IMG_0086.jpg)
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhocSZ-poTV8unAnr1FrBhtzCKhzngcogC1RPnDFu9phTidW2xujkMNXkRZmIP3vqNdazb3E3Tbgzd_PmFTPCAwZrFNaKklTQG4H8hdhMts24EkULjd9cavmyPFFzrNCgOlUUVzXsDUkoBa/s200/IMG_0072.jpg)
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiB93ckb6e_RPTEXSUaB5gPa0LubR5Ot9r6a3MhzgOXvXLzKA_Hbgim3B_kM9RfqaqOfA5zZ2lJBLKJzE_LSY4p3Ft089MCYQ0-r_vdr4cWIqhN5BPIrV-q1c_Mbt8GeHrxRXXgRTt7fx6r/s200/IMG_0062.jpg)
....2 la gbr n seba sikit pasai MAZ...klu nak tegok lg gbr,,..sila la layari frenster aku..
Posted by hanieydeuw at 12:29 AM 0 comments
kisah aku, jat n zaharin...(dalam dilema yg xkan ada pghujungnya)
Posted by hanieydeuw at 12:22 AM 0 comments
tips berpasangan
kepada pasangan-pasangan yang tengah di lambung ombak cinta..ni tips utk anda mengekalkan perhubungan...
Memang sukar untuk memberikan kepercayaan sekiranya anda pernah dikecewakan. Tetapi apa salahnya sekiranya anda memberikan si Dia kepercayaan anda. Ianya tidak salah bukan?
2. Saling Memahami
3. Bertolak Ansur
4. Kejujuran
Jujur dalam berpasangan adalah anda tidak berkata dusta, tidak bohong, tidak menipu dan tidak mengkhianati pasangan anda itu. Mungkin ada dikalangan anda berkata, ‘Kenapa aku nak jujur pulak pada dia? Lantak aku lah.” Anda mesti ingat, pada mula anda berpasangan, anda sayang pada si Dia, anda minat pada si Dia, anda suka pada si Dia. Sekiranya anda tidak jujur, adakah segala sayang, suka dan minat itu semuanya dusta belaka?
5. Kesetiaan
Cuba anda letakkan diri anda dalam situasi “ditinggalkan”. Adakah anda akan berasa sedih? Kecewa? Hampa? Sudah semestinya anda akan katakan Ya. Oleh itu, fikirkan perasaan si Dia dan setialah dengan pasangan anda.
Posted by hanieydeuw at 12:12 AM 0 comments
Saturday, March 21, 2009
khas untuk kaum hawa..
cara-cara memikat lelaki
Sebagai seorang wanita untuk menambat hati lelaki bukanlah semata-mata dengan menggunakan kuasa kecantikan, tetapi banyak perkara-perkara yang perlu kita titikberatkan untuk menarik perhatian lelaki terhadap diri kita.
1. "Sentiasa tersenyum dan jngan bersikap sombong apabila berinteraksi dengan sidia.
2."Pandai memasak adalah ciri-ciri utama mengapa lelaki mudah terpikat dengan anda
3. "Berwatakan menarik(Persenoliti yang mampu mengugat hatinya) "Jujur dan sentiasa merendah diri
4."Lakukan apa yang dia suka dan jangan lakukan apa yang dia tak suka.
5."Mempunyai bentuk badan yang menarik (terpulang kepada individu)
6."Mempunyai tingkah laku yang baik dan lemah lembut
7."Pandai dalam memainkan peranan sebagai seorang wanita ketika berada disamping lelaki yang anda minati
8. "Jangan terlalu mengongkong
9."Ketika berinteraksi dengan mereka jangan lupa gunakan bahasa tubuh yang anda ketahaui seprti mata dan tangan
10."Jaga cara pemakaian anda,sekdi atau tidak terpulang kepada lelaki yang anda minati 11."Sering memberikan kad ucapan buat sidia yang kamu minati sebagai rancangan pertama memikat dirinya.
12."Lelaki sukakan wanita yang suka berterus terang tanpa menyembunyikan sesuatu. 13"Apabila berhadapan dengan lalaki yang kamu minati,renung matanya dan tunjukkan sifat humor kamu.Ini adalah taktik untuk memberitahu si dia bahawa kamu boleh didekati tetapi bukan beerti kamu ini perempuan murahan dan mudah didekati.
14."Jangan bersikap selalu jual mahal apabila berada bersama mereka "Bijak menyesuaikan diri dalam apa jua keadaan.
15 "Tidak mudah purus asa dan sentiasa berdiri di atas kaki sendiri tanpa meminta pertolongan dari orang lain.
16"Jangan suka bercakap benda yang tidak berfaedah ketika bercakap dengan mereka. 17"Jangan bandingkan'dia' dengan lelaki-lelaki yang pernah kamu kenali
18"Menjadi temannya ketika dia susah dan senang
19"lelaki suka kamu menjadi pendengar yang setia dan tidak suka wanita yang suka membangkang
20"yang paling penting lelaki suka dimanjai dengan belaian dan kata-kata yang romantik
21 "Bunyi derapan ksut ketika berjalan juga mampu menarik perhatian lelaki
22 "Lelaki tidak suka jika kamu memakai solekan yang terlalu tebal
23"Mengetahui bila hari lahirnya
24"Menghormati dirinya,keluarga dan teman-teman yang rapat dengannya
25"bersikap matang dalam tutur-kata dan tingkah laku.Lelaki tidak suka wanita yang bersikap terlalu kebudak-budakan "Jangan terlalu teruja ketika bertemu dan berbual dengannya.Contohnya berbual terlalu lama di telefon untuk pengenalan pertama
26"Jangan terlalu bersikap ganas dalam perbualan
27"Jangan terlalu menunjukkan bahawa kami ini terlalu baik dan sempurna
28 "Jangan perasan bahawa kamu memnpunyai paras rupa yang jelita.
29"Sentiasa memegang prinsip sederhana dan tidak boros di dalam perbelanjaan.
30"Bersikap keibuan adalah antara tips yang perlu kamu titik beratkan
31"Sentiasa bercakap lembut dengan mereka.
32"KETAHUILAH MEREKA INI ADALAH GOLONGAN YANG TERLALU SENSITIF DAN SUKA AKAN KELEMBUTAN APATAH LAGI DARI SEORANG GADIS
33"Kenali siapa dirinya yang sebenar sebelum kamu memulakan langkah untuk memikat. 34"lelaki sukakan wanita yang suka menjaga kulit.Jangan biarkan wajah kamu dipenuhi jerawat batu.
35 "Aset penting bagi kamu untuk memikat lelaki adalah mata,punggung dan gaya langkah kamu yang kemas.
36"Bertanya khabar sekurang-kurangnya dua kali seminggu agar tali persahabatan dengannya tidak putus begitu sahaja.Mungkin suatu hari nanti sikap kamu yang terlalu mengambil berat mampu menarik perhatiannya.
37 "Usia dan bentuk badan bukanlah menjadi ukuran yang penting tetapi kecerdikan,kejujuran dan tingkah laku yang bersopan - santun
38"lelaki sukakan seorang wanita yang beriman dan beragama
39"Menunjukkan bahawa kamu bukanlah seorang gadis yang mudah dipermainkan 40
41"Jangan terlalu merengek dan mengada-ngada
42"Jangan tunjukkan kelemahan kamu ketika berada di samping lelaki yang kamu minati 43"Lelaki sukakan wanita yang bijaksana dan matang serta mudah diajak berbincang
44 "Berjaya di dalam apa jua bidang yang kamu ceburi
45"Jangan terlalu mengada-ngada nanti lelaki akan meluat pula dengan kamu!
Posted by hanieydeuw at 11:59 PM 0 comments
tentang aku...
Posted by hanieydeuw at 10:10 PM 0 comments
mcm mna aku leh tergerak hati nak wat blog ni?
Posted by hanieydeuw at 9:57 PM 0 comments