? ??????????????Live, Love, Laugh? ????? ?????? ???Rating: 4.7 (3 Ratings)??220 Grabs Today. 3066 Total Gr
abs. ??????Get the Code?? ?? ?????Lil Things About Me? ????? ?????? ???Rating: 4.5 (174 Ratings)??153 Grabs Today. 30615 Total Grabs. ??????Get the Code?? ?? ???????Love and Laughs? ????? ?????? CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS ?

Thursday, April 9, 2009

ruangan motivasi...


Antara orang yang mendapat doa malaikat ialah:
· 1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci.Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesiapa yang tidur dalam keadaan suci, malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa: "Ya Allah, ampunilah hamba-Mu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci."
· 2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat.Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Tidaklah salah seorang antara kalian yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali kalangan malaikat akan mendoakannya: 'Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia.'"
· 3. Orang yang berada di saf depan solat berjemaah.Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat ke atas (orang) yang berada pada saf depan."
· 4. Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah (tidak membiarkan kekosongan di dalam saf).Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat selalu berselawat kepada orang yang menyambung saf."
· 5. Kalangan malaikat mengucapkan 'amin' ketika seorang imam selesai membaca al-Fatihah.Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Jika seorang imam membaca...(ayat terakhir al-Fatihah sehingga selesai), ucapkanlah oleh kamu 'aamiin' kerana sesiapa yang ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, dia akan diampuni dosanya yang lalu."
· 6. Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat.Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Kalangan malaikat akan selalu berselawat kepada satu antara kalian selama ia ada di dalam tempat solat, di mana ia melakukan solat."
· 7. Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah.Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Kalangan malaikat berkumpul pada saat solat Subuh lalu malaikat (yang menyertai hamba) pada malam hari (yang sudah bertugas malam hari hingga Subuh) naik (ke langit) dan malaikat pada siang hari tetap tinggal. "Kemudian mereka berkumpul lagi pada waktu solat Asar dan malaikat yang ditugaskan pada siang hari (hingga solat Asar) naik (ke langit) sedangkan malaikat yang bertugas pada malam hari tetap tinggal lalu Allah bertanya kepada mereka: "Bagaimana kalian meninggalkan hamba-Ku?" Mereka menjawab: 'Kami datang sedangkan mereka sedang melakukan solat dan kami tinggalkan mereka sedangkan mereka sedang melakukan solat, ampunilah mereka pada hari kiamat.'"
· 8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan.Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Doa seorang Muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa pengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, malaikat itu berkata 'aamiin dan engkau pun mendapatkan apa yang ia dapatkan.'"
· 9. Orang yang membelanjakan harta (infak).Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Tidak satu hari pun di mana pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali dua malaikat turun kepadanya, satu antara kedua-duanya berkata: 'Ya Allah, berikanlah ganti bagi orang yang berinfak...'"
· 10. Orang yang sedang makan sahur.Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat kepada orang yang sedang makan sahur."
· 11. Orang yang sedang menjenguk (melawat) orang sakit.Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Tidaklah seorang mukmin menjenguk saudaranya kecuali Allah akan mengutus 70,000 malaikat untuknya yang akan berselawat kepadanya di waktu siang hingga petang dan di waktu malam hingga Subuh."Itulah antara mereka yang mendapat doa malaikat. Semoga kita termasuk dan tersenarai sama.

kenanganku di UM...

ni 1st kengan manis tercipta masa aku kat UM...dapt gak aku naik pentas MAZ..ambik anugerah utk psukan sukan terbaik SUKMUM...thanks kak odah n kak QQ...

geng2 honaq UM 06/07....semua pakat dok kalut bergambaq sebelum kita sama2 tggalkan UM ni..sedeh gila ni...




huhuhu..sedehnya nak tggalkan UM....coz byk sgt kenangan terindah yg diciptakan sepjg 3 thn aku kat UM ni..

this is 1 of my swet memory in UM............................



huhuhu..sedar x sedar,,kitorg dah nak tggalkan UM..ni la gbaq geng2 honaq...bila lg la kita boleh jmpa brgambaq cam ni kan..huhuhu,,sedehnya...



ni aku n jat..dialah kawan aku yg selalu aku ketuk pintu bilik ajak main bola tampaq...sori no...klu aku x boh gbaq dia..nant dia marah plak..aku boh p la sbg slah 1 kengan aku kat UM ni..



ni la gbr sahabat baik aku..zaharin...dia byk berjasa pada aku sepjg aku knal dia kat UM ni.apa jasa dia??emm...tolong sign atenden masa aku pnteng klas..hehehehe...jasa yg lain2..hnya aku n dia je la yg tau..aku hrap persahabatan kitorg akn terus kekal ke akhir hayat...bukan bersahabat bila di UM..luar UM pun tetap sahabat yg sejati...trima kasih zaharin..



ni slh 1 gbr posing yg cun melecun aku masa kat um..amacam cun x??

.........................................................................................................................................................................


ni dh 3th year dah..huhuhu..sedar x sedar...dah nak kuar dr UM..rasa cam baru je masuk Um..so, d kesempatan yg ada ni kitorg 1 geng pakat2 la begmbar sma2 utk kali terakhir sebelum kitorg nak blah tggal UM...

........................................................................................................................................................................

ni nak sotry masa thun 2 plak..masa ni la yg paling aku xleh lupa...coz sesi 07/08 byk sgt kengan yg x dpt aku lupa tau..mcm2 kisah..ada kisah sedeh..ada kisah hepi.. petama kali aku nak story 1 cite...mmg kngan ni sgt la manis utk aku kenang smpai mati...aku mulakan cite ngn kisah hepi dulu(tp sad ending la).....sesi 07/08...aku knal ngn sorg laki ni...mula juz kawan..tp bila dh lama2 aku mula syok kat dia..bg aku dia sgt la xteristimewa..sgt2 istimewa 2 sbb aku x penah lepas peluang nak ngorat dia(gatai jugak aku)...aku mula jatuh hati kat dia bukan sbb harta atau drjat(cewah),..aku terpikat ngn dia d atas kebaikan n keprihatinan dia pd aku....byk sgt kngan aku ngn dia dlm um ni mahupun luar um...boleh dikatakan dia lah 1st love aku..sbb aku x penah syg sorg laki mcm mna aku syg dia(xleh nak d gmbarkan ngn kata2)..hehehe........................................tp tnpa kemahuan aku apatah lg tnpa kerelaan hatiku sendri kitorg terpaksa putus..huhuhuhu...sedeh bukan main kepalang(1st time rasa teruk sgt putus cinta ni)....atas sbb tertentu kitorg terpaksa putuskn hubgan yg baru nak mncapai kbhagiaan...ntah mna silapnya(dah takdir) kitorg putus......tp sejujurnya..aku x pernah berenti syg dia.....................siapa dia??? biarlah rahsia.............................

apa aku nak cite kat cni........................dia adalah kenangan aku pling mnis n pahit(bila dh putus) aku kat UM ni......aku sntiasa doakan kebahagiaan dia....
........................................................................................................................................................................

moral : kenangan kat UM...xkan dpt kulupakan smpai bila2...kpd shabat2ku..hrgailah kngan yg kita ciptakan kat UM ni samada secara sengaja atau x terciptanya kenagn itu,,....kenang-kenangkan lah.................agar apa yg baik dijadikan teladan, apa yg kurang baik dijadikan sempadan...

Wednesday, April 8, 2009

TEAM TUG OF WAR KOLEJ 7..


gelak sakan no....naib johan pun xpala...janji hepi..




thanks 4 ur all.........jat, faqhi, tun, hawa, ain, aini 1, aini 2, cik yam, min, balqis, kak su,


masing2 nak kontrol ayu.............








1st day..kitorg menang tnpa bertanding...huhuhu...










ni la pasukan yg sungguh mantap....diskusi sbelum bertempur,..................thanks 4 ur all..










Saturday, March 28, 2009

survey pasai mandi..


semua org kat dunia ni msti mandi tiap2 ari kan, kcuali la yg ada masalah spesifik spt berada di lingkungan kawasan banjir, kwsan pprgan(tp diorg mand gak..tp mandi darah..cian kan)....dan sebagainya.. kali ni aku nk wat 1 survey..tntg aku ada org sekeliling aku ni yg aku perhatikan hnya 1 kali shj dlm seari dia mandi....leh trima ka 1 kali sehari mand? sedangkan aku 3 kali..hehehe.. sesape yg singgah kat ruangan ni..sila bg jawapan kat aku..berdasarkan pilihan jwpn yg ada..jwpn anda boleh diisi dlm ruangan komen atau kat cbox pun boleh....aku dah keliru wat kesimpulan n rumusan tersendiri,..hari2 aku dibelenggu masalah ni..mcm aku plak terasa aku yg xmand..walhal aku rajin mand..dsbbkan si TOT TOT (bkn nama sebenar) mendorong aku utk buat soalan survey ni....tlg aku bg jwpn ek...ni kat bawah ni soalan survey aku..tlg jwb..


seorang gadis leh la dikatakan alim(bila d pndg oleh mata kasar)..tp sekali shj dlm seari dia mand...1 kali dlm seari dia mandi..aku ulangi lg...TOT TOT mand hnya 1 kali dlm sehari walaupun melakukan pelbagai aktivit spt berjalan jauh, kuak kupu2 atas tilam dan seumpama dgnnya...apakah faktor yg mendorong si TOT TOT ni segan nak mandi???


A. Jimat bekalan air..

B. x perlu mand byk kali...memadai lah dgn hnya sekali...aslkan mandi jugak dlm seari..

C. perjalanan yg jauh n sukar utk menemui bilik mand..

D. alergik ngn air (spesis kmbing gurun)

E. lupalah plak nak mand..
F. takut nak tinggai hp,takut hp lari...(jwpn ni ditaja oleh blueberrycupcakes )

Antara 4 jwpn di atas, yg mnakah agak2nya yang sedang membelenggu si TOT TOT NI???


moral : tolonglah mandi....xperlu jimat air utk kopi klu badan busuk..hehehehe

Tuesday, March 24, 2009

Yang Benar..


Sayang, ku benar-benar cinta…

Semalaman ku tak kering mata

Didukung kekabu melapik pilu

Mengharap esok bisa menjanjikan sebuah lembaran baru

Sejak kita berdua berpisah

Aku tak habis-habis gelisah

Apakah itu tandanya bahawa…

Ku benar-benar cinta

Ku benar-benar sayang

Tak terjawab bila hati bertanya ke mana kau hilang

Ku benar-benar cinta

Ku benar-benar sayang

Suluhkan gelita kalbuku terang

Semalaman lagi bersendiri

Parahnya diseksa sunyi sepi

Beginikah perasaan pabila kita disisih cinta

Ku sangka ku tabah berdikari

Rupanya rapuh untuk berdiri

Kembalilah kau kepada ku kerana…

Ku benar-benar cinta

Ku benar-benar sayang

Tak terjawab bila hati bertanya

ke mana kau hilang

Ku benar-benar cinta

Ku benar-benar sayang

Suluhkan gelita kalbuku terang

Monday, March 23, 2009

sahabatku




sahabatku....




sempena permulaan aku melakarkan crita aku kat blog ni..


kali ni aku nak cite tntg sahabat baik ku...


zaharin...




Z-zaman berzaman


A-apa2 pun zaman yg dh berlalu ka nak mai ka


H-hanya kau sahabatku yg aku inginkan bersama berzaman-zaman


A-apapun jua dugaan yg ku tempuhi,...kau sntiasa bersamaku


R-rintihan demi rintihan aku luahkan padamu..


I-ini itu..aku menyusahkan hidupmu..


N-namun..kau tetap bersamaku...trima kasih sahabatku..zaharin..

moral : hargailah sahabat anda..

Sunday, March 22, 2009

petanda si dia memang dijodohkan utkmu...



Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Tuhan yang maha esa. Tetapi bagaimana kita hendak mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Tuhan mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan akal untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi, spiritual dan fizikal antara keduanya.
Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan? Berikut adalah petanda-petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita :

1.Bersahaja
Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik.Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

2. . Senang bersama
Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita.
Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

3. Terima kita seadanya
Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan.
Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini.Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita

4. Sentiasa jujur
Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita.
Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan.Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

5.Percaya Mempercayai
Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung.
Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka.
Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

6.Senang Bekerjasama
Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar.
Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama.
Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan.
Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

7. Memahami diri kita
Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar.
Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita.
Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, ‘lidah sendiri lagikan tergigit, inikan pula suami isteri’. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih.
Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

8. . Tampilkan kelemahan
Tiada siapa yang sempurna di dunia. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut.
Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita.
Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita.
Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya. Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

9. . Kata hati
Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Tuhan deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya.
Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindak balas pada situasi tertentu.
Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

10. Mimpi
Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Tuhan. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi.
Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Tuhan memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat mimpi petunjuk. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya.
Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara. Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.


Moral: “ Manusia merancang, Allah menentukan.”